Untuk setiap pinjaman di bank, interest rate akan dikenakan atas pinjaman yang kita buat. Dalam perbankan islamik, profit rate dikenakan atas pembiayaan yang dibuat.

Untuk tujuan artikel ini, saya akan menggunakan terma interest rate sebab lebih biasa digunakan oleh pengguna. Tahukah anda, sekarang ada pelbagai jenis loan yang ditawarkan oleh bank.

 

 

Anda jangan tak tahu yang ada bank yang tawarkan loan dengan interest rate yang sangat rendah kira-kira 1%.

 

Ada pula loan yang menawarkan interest rate sehingga 15%-18%! Sebagai orang yang bijaksana, kita semestinya akan pilih interest rate 1% sebab ini yang paling untung.

Sebenarnya kebanyakan pengguna terperangkap dalam tawaran interest rate rendah ini. Secara amnya, terdapat 2 jenis interest rate yang dikenakan ke atas pengguna iaitu:

  • Flat rate

  • Reducing balance

Flat rate biasanya digunakan dalam loan kereta (hire purchase). Reducing balance pula selalunya digunakan dalam ASBF, loan rumah. Flat rate kelihatan lebih rendah berbanding dengan reducing balance.

Ini menyebabkan ramai orang tertarik untuk menggunakan flat interest rate. Apa yang anda tidak tahu, flat rate direka supaya Nampak murah, tetapi ianya lebih mahal dari yang disangka!

Perbezaan Flat Rate & Reducing Balance (Heading)

 

Kredit: Analisa Saham

 

Dalam kaedah flat interest rate, interest yang dikenakan berdasarkan jumlah asal pinjaman. Sebagai contoh Ali meminjam RM100,000 dari bank untuk tempoh 5 tahun dengan interest 5%. Pada bulan pertama, Ali perlu membayar interest sebanyak RM416.

Pada bulan ke-60, anda masih membayar RM416 pada interest. Total interest yang dikenakan adalah RM25,000!

Dalam kaedah reducing balance, interest rate dikenakan pada baki pembiayaan yang tinggal. Contohnya, Ali meminjam RM100,000 dari bank.

Interest yang dikenakan pada bulan pertama adalah sebanyak RM416.67. Pada bulan ke-60, interest yang dikenakan adalah RM7.83 sahaja. Ini menjadikan total interest yang dikenakan adalah sebanyak RM 13,227.40 sahaja.

 

 

 

Perbandingan Real Life Situation (Heading)

Katakan anda berniat untuk membeli kereta dengan harga RM50,000 dengan interest 3% untuk tempoh 10 tahun. Pada masa yang sama, anda juga ingin membeli sebuah rumah dengan harga RM50,000 dengan interest rate 5% bagi tempoh 10 tahun juga.

Jumlah interest rate yang dikenakan jika anda membeli kereta adalah sebanyak RM15,000. Jika anda membeli rumah, tersebut pula jumlah interest yang dikenakan adalah sebanyak RM13,639.60 sahaja.

 

 

Kredit: Blog Ammar

 

 

Walaupun loan kereta nampak interest rate lebih rendah berbanding rumah, tetapi disebabkan rate yang dinyatakan itu adalah flat rate.

Maka sebenarnya interest yang dikenakan lebih kurang 2 kali ganda daripada interest loan rumah! Jadi jangan terpedaya dengan interest rate yang diberikan oleh bank.

Categories: Pengurusan Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *