Macam pelik kan bunyi melabur hartanah tanpa memiliki sebarang hartanah, ye anda boleh berbuat begitu dengan melabur dalam REIT. Dengan membeli REIT anda mampu memiliki hartanah eksklusif seperti KLCC dan Mydin.

 

Apa itu REIT?

REIT adalah singkatan kepada Real Estate Investment Trusts atau Amanah Pelaburan Hartanah.

Konsepnya lebih kurang dengan unit trust. Perbezaannya adalah duit daripada pelabur dikumpulkan dan syarikat akan membeli hartanah yang berpotensi untuk disewakan.

 

Sebagai pelabur, kita tidak perlu pening untuk memilih hartanah mana yang berbaloi untuk dibeli dan tidak perlu pening untuk mencari penyewa, semua ini akan diuruskan oleh pengurus dana.

 

Dari mana datangnya untung REIT?

  • Keuntungan REIT datang daripada hasil sewaan dan juga hasil menjual hartanah.
  • Hasil sewaan akan dipulangkan dalam bentuk dividen kepada pelabur.
  • Dividen diberikan sama ada sekali, 2 kali atau 4 kali setahun.

 

Macam mana nak melabur dalam REIT?

Di Malaysia ada 2 tempat untuk kita membeli REIT:

  1. Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) yang diuruskan oleh maybank. Anda boleh beli AHB melalui mana cawangan Maybank.
  2. Membeli M-REIT (malaysian REIT) yang tersenarai di Bursa Malaysia. Ada 4 dana REIT yang patuh syariah iaitu :
    • AXIS REIT
    • KLCC REIT
    • AL AQAR REIT
    • AL SALAM REIT

 

Kelebihan melabur dalam REIT

1) Diuruskan oleh pengurus dana yang professional

Kalau melabur sendiri, anda perlu fikirkan hartanah mana yang berpotensi untuk disewakan dan juga anda perlu memikirkan bagaimana hendak menyewakan hartanah tersebut dengan kadar sewaan yang berbaloi.

 

2) Kebebasan memilih jenis hartanah yang ingin dibeli

Jika anda berminat dengan hospital, anda boleh beli Al Aqar REIT. Kalau anda lebih minat shopping complex, anda boleh membeli KLCC REIT.

 

3) Mudah dicairkan

Jika anda ingin menjual hartanah, ianya akan makan masa berbulan-bulan. Tetapi dengan REIT, anda boleh menjual dalam tempoh tidak sampai sehari.

 

4) Dividen yang stabil

REIT mampu meberi dividen yang stabil setiap tahun. Sebagai contoh, AHB memberikan dividen sekitar 6% setahun. DIviden pula diberikan 2 kali setahun.

 

5) Permulaan modal yang rendah

Pelaburan hartanah kebiasaannya memerlukan modal mencecah ribuan ringgit, tetapi dengan REIT, anda boleh mulakan pelaburan serendah RM500

Categories: HartanahPelaburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *