Penjimatan mengisi minyak bukan bererti  bayar RM1.00 untuk minyak RM2.20 tapi jimat dengan manfaat pulangan tunai (Cashback) dan mata ganjaran (points). Dua manfaat ni secara tidak langsung dapat menjimatkan anda semasa mengisi minyak.

Untuk mendapat pulangan tunai perlu menggunakan Kad Kredit atau Kad Debit yang memberikan pulangan tunai. Setiap Kad Kredit memberikan peratus pulangan tunai yang berbeza dan ada juga Kad Kredit khusus untuk stesen minyak.

 

Penjimatan Menggunakan Kad Kredit

1. Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Gold Card-i
  • Pulangan tunai sebanyak 8% (Sabtu dan Ahad) manakala pulangan tunai sebanyak 1% (Isnin hingga Jumaat) bagi perbelanjaan di Petronas.
  • RM50 sebulan sahaja maksimum pulangan tunai yang boleh diterima.
  • Pengisian minyak 200 liter (RM440 @ RM2.20 x 200) pulangan tunai yang akan diterima RM35.20 jadi kos pengisian minyak RM404.80 (RM2.024 seliter).

 

2. Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card

  • Pulangan tunai sebanyak 5% penggunaan Jumaat dan Sabtu untuk petrol dan belian barangan runcit.
  • RM50 sebulan sahaja maksimum pulangan tunai yang boleh diterima.
  • Kelebihan kad ni boleh digunakan di mana-mana Stesen Minyak seperti tertulis dalam Terma & Syarat:

Pulangan Tunai diberi berdasarkan perbelanjaan runcit Ahli Kad ke atas Petrol dan Barangan Runcit pada setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja di Malaysia atau mana-mana sahaja di dunia.

 

3. CIMB Islamic PETRONAS MasterCard
  • Pulangan tunai sebanyak 7% bagi perbelanjaan di Petronas, pulangan tunai 7% ni untuk baki penyata RM3,000 dan keatas.
  • Pulangan tunai sebanyak 3% bagi perbelanjaan di Petronas, pulangan tunai 3% ni untuk baki penyata RM3,000 ke bawah.
  • RM50 sebulan sahaja maksimum pulangan tunai yang boleh diterima.
  • Transaksi lain menggunakan kad ni akan dapat pulangan tunai 0.2% dan pulangan ni tidak diletakkan had.
  • Pengisian minyak 200 liter (RM440) pulangan tunai yang akan diterima RM30.80 jadi kos pengisian minyak RM409.20 (2.046 seliter).

 

4. HSBC Amanah MPower Visa Platinum Credit Card-i
  • Pulangan tunai sebanyak 8% bagi Minyak (Shell, Petronas, Caltex) dan Barangan Runcit (Giant, Tesco, Aeon Big, Mydin), pulangan tunai 8% ni untuk baki penyata RM2,000 dan keatas.
  • Pulangan tunai sebanyak 2% bagi Minyak (Shell, Petronas, Caltex) dan Barangan Runcit (Giant, Tesco, Aeon Big, Mydin), pulangan tunai 2% ni untuk baki penyata RM2,000 ke bawah.
  • RM50 sebulan sahaja maksimum pulangan tunai yang boleh diterima.
  • Transaksi lain menggunakan kad ni akan dapat pulangan tunai 0.2% dan pulangan ni tidak diletakkan had

 

5. PB-Petron Visa Debit Card
  • Pulangan tunai sebanyak 0.5% bagi perbelanjaan di Petron.
    RM30 sebulan sahaja maksimum pulangan tunai yang boleh diterima.

 

6. KFH Debit Card-i
  • Pulangan tunai sebanyak 0.5% bagi semua perbelanjaan
  • Tiada had untuk pulangan tunai ni

*Penggunaan menggunakan Kad Debit di terminal minyak RM200 akan HOLD dahulu selepas 2 – 3 hari amaun sebenar akan ditolak.

Jika Kad digunakan di pam bahan api automatik untuk membuat bayaran bagi transaksi petrol, jumlah yang dibenarkan terdahulu sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM 200) akan dikenakan terhadap Akaun Ditetapkan anda. Bank hanya akan meletakkan jumlah sebenar transaksi dan melepaskan sebarang jumlah pegangan lebihan daripada Akaun Ditetapkan anda dalam masa tiga (3) hari selepas tarikh transaksi petrol tersebut

 

Penjimatan lebih jika semasa pengisian minyak atau perbelanjaan di kedai stesen minyak menggunakan sekali Kad Ganjaran Stesen Minyak

 

Penjimatan Menggunakan Kad Ganjaran

1. Petron Miles
  • Setiap 1 liter dapat 2 mata ganjaran.
    Cukup 450 mata ganjaran boleh tebus RM5 minyakatau 1600 mata ganjaran untuk tebus RM25 minyak atau 3000 mata ganjaran untuk tebus RM45 minyak
  • Minyak jenis Petron Blaze 95

 

2. PETRONAS Mesra Loyalty Programme
  • Setiap 1 liter pengisian minyakdapat 3 mata ganjaran.
    Setiap RM1 perbelanjaan di Kedai Mesra dapat 1 mata ganjaran.
    Cukup mata ganjaran boleh tebus minyak di Stesen Minyak Petronas dan barangan di Kedai Mesra.

 

3. Bonuslink
  • Setiap 1 liter pengisian minyakdapat 1 mata ganjaran.
  • Boleh tebus RM1 untuk setiap 100 mata ganjaran.

 

Ekstra: Jika tak pakai kad kredit atau kad debit boleh beli kad minyak dengan harga diskaun tapi setakat ni hanya Petronas Fuel Card Reloadable yang dijual dengan harga diskaun di Lazada atau Shopee. Secara tidak langsung dapat jimatkan kos perbelanjaan minyak anda.

 

Contoh jika kad tu berdiskaun 2% jadi anda hanya bayar RM98 untuk kad yang berharga RM100, andaian perbelanjaan bulanan RM400 anda hanya bayar RM392 (diskaun 2%). Jangan lupa Kad Mesra untuk kumpul mata ganjaran. Dan untuk lebih untung buat pembelian di Lazada melalui Shopback untul pulangan tunai juga.

Pulangan Tunai = RM98 x 3%

Pulangan Tunai = RM2.94

Penjimatan setiap kad RM100 = RM4.94 (RM2.94 + RM2.00)

Penjimatan untuk 4 kad RM400 = RM19.76 (RM4.94 x 4)

 

Petronas Fuel Card Reloadable di bawah kategori Lifestyle and Home di mana pembelian menggunakan Shopback akan terima pulangan tunai 4% (pengguna Shopback baharu) manakala 3% (pengguna lama).

*Penggunaan Maybank Islamic PETRONAS Ikhwan Visa Gold Card-I dan pengisian minyak Sabtu atau Ahad sahaja

**Pulangan tunai 3% andaian baki penyata RM3,000 ke bawah

*** Pulangan tunai 2% andaian baki penyata RM2,000 ke bawah

Categories: Pengurusan Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *