Dewasa kini, semua orang sedia maklum bahawa industri hartanah tanah air kini sedang mengalami isu yang kronik dan perlu diselesaikan dengan segera sebelum berlaku gelembung hartanah sepertimana yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2008.

Oleh yang demikian, Hartabumi, portal hartanah Bumiputera nombor 1 di Malaysia telah mengambil inisiatif terbaru dengan menjalankan ekspo hartanah secara digital dengan lebih 40 senarai hartanah dari pelbagai pemaju tersohor di Malaysia.

Kenapa secara digital dan bukan di pusat beli belah atau galeri jualan hartanah?

Langkah ini diambil kerana, metode konvensional yang diguna pakai kebanyakan pemaju, kini dilihat agak tidak mesra pengguna dan kurang menepati cita rasa bakal pembeli rumah yang kini lebih gemar akan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian mereka.

Penggunaan internet dalam kehidupan seharian masyarakat di Malaysia khususnya golongan berpendapatan sederhana yaqni B40 dan M40 semakin meningkat dan industri hartanah perlu mengambil inisiatif terbaru untuk memastikan keselesaan bakal pembeli rumah.

Sebagai contoh, seorang pembeli rumah yang telah bersedia dan ingin meninjau rumah di ekspo pusat beli belah atau galeri jualan terpaksa mengeluarkan kos untuk petrol, tol dan juga parking. Selain itu, mereka terpaksa mencari parking dan setentunya  terpaksa bersesak Рsesak dengan orang lain atas tujuan yang sama.

Oleh yang demikian, ekspo hartanah secara digital ini yang dinamakan Expo Klik Hartabumi dilihat sebagai solusi untuk bukan sahaja golongan B40 dan M40 bahkan jugak kepada golongan T20 untuk meninjau dan membeli rumah secara online.

Kekuatan Expo Klik Hartabumi

Buat anda yang selalu meneka tanpa pengiraan yang betul harga rumah yang anda layak mengikut gaji anda, kini anda boleh tahu harga rumah yang anda layak dan bayaran bulanan yang anda perlu bayar dalam masa 60 saat sahaja!

Apa yang lebih menarik ialah, Expo Klik Hartabumi juga menawarkan peraduan teka dan menang dimana para peserta hanya perlu meneka dan betul nama projek dan nama pemaju projek. Mereka berpeluang merebut hadiah utama iaitu pakej dekorasi hiasan dalaman dari decoguru.my dan pakej ground untuk dua orang ke Semporna, Sabah.

Terdapat juga peraduan teka dan menang secara mingguan yang dijalankan di Facebook Page Hartabumi.com secara mingguan dengan hadiah misteri bernilai RM1,000 menanti pemenang peraduan yang bertuah!

Apa tunggu lagi? Jom survey rumah dan beli rumah secara online di Expo Klik Hartabumi!

Categories: Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *