Tahukah anda, walaupun anda telah menukar akaun EPF anda kepada akaun i-EPF atau EPF syariah, dividen yang anda terima sebelum itu bercampur dan anda boleh pilih sama ada mahu bersihkan atau tidak.

Ini seperti mana yang tertulis di laman sesawang KWSP,

FAQ EPF:

Q: Sekiranya saya memilih Simpanan Shariah, adakah penyucian dividen perlu dibuat ke atas pendapatan tidak patuh syariah?

A: Jawatankuasa Penasihat Shariah KWSP (JKPS) telah memutuskan pertukaran ke Simpanan Shariah dikecualikan daripada penyucian dividen. Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah diadakan pada 18 Ogos 2015 juga telah memutuskan KWSP tidak diwajibkan untuk melakukan penyucian terhadap dividen simpanan semua ahli KWSP yang bersetuju untuk bertukar ke Simpanan Shariah.

Jadi, apa yang anda perlu buat jika hendak membersihkan simpanan KWSP anda?

EPF ada bagi garis panduan kira-kira bagi sesiapa yang nak bersihkan dividen. Boleh rujuk gambar dibawah.

Menyucikan Simpanan KWSP

Artikel ini ditulis oleh Zahiruddin Saruji

Categories: Pengurusan Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *