Tips kewangan kali ini yang bertajuk cara kumpul deposit rumah adalah bagi menjawab persoalan persoalan dan memberi solusi bagi anak muda yang bakal melangsungkan perkahwinan dan ingin memberikan kehidupan yang sempurna kepada yang tersayang.

“Boleh ke kumpul duit deposit rumah? Gaji saya kecil bro.”

 

Katakan nak beli rumah pertama pada harga RM150,000 dan anda perlu ada deposit 10% (RM15,000) Nak beli rumah RM150,000, sebaiknya simpan sekurang-kurangnya RM750 sebulan sebab bayaran bulanan ke bank RM750. Jadi pupuk kemampuan menabung RM750 sebulan supaya yakin mampu bayar bulanan lepas beli rumah.

Formula Beli Rumah

 

FORMULA 200 BELI RUMAH

= RM150,000/200

= RM750

 

Teknik 1: Simpan Tanpa Culas

Berdisiplin dalam menyimpan, buat potongan gaji atau arahan tetap terus. Simpan RM750 sebulan dalam ASB/TH, ada manfaat dividen atau bonus.

 

Katakan simpan dalam TH dengan bonus 4.5% setahun lepas 3 tahun boleh ada RM28,916 (kan dah cukup). Kalau susah sangat simpan RM25 sehari atau cari cara untuk jimat RM25 sehari.

 

Teknik 2: ASB Financing

Buat ASB Financing untuk RM135,000 selama 30 tahun (contoh ni untuk pembiayaan ASB tanpa Takaful dan dengan kadar 5.2%). Bayar bulanan RM741.30 @ RM750 (RM27,000)

 

Dividen jangan usik dan dibiar selama 3 tahun. Hasil 3 tahun dividen bersamaan RM29,962 (andaian dividen ASB 6.7%). Terminate selepas 3 tahun dan dapat pulangan prinsipal RM6,075. Terkumpul RM36,037.

 

Teknik 3: Simpanan Bersama Pasangan

Bercinta-cinta juga tapi letak sikit angan-angan nak ada rumah. Sama-sama kumpul bahagi 2 macam point 1 tu. Jadi seorang simpan RM375 sebulan. Kalau jodoh tak panjang lepas 3 tahun masih ada RM13,500.

 

Teknik 4: Guna Akaun 2 KWSP

Akaun 2 ni 30% dari apa yang kita carum setiap bulan (caruman pekerja dan caruman majikan) Pengeluaran ni tertakluk kepada baki Akaun 2 anda. Jangan pula nak keluar RM15,000 tapi Akaun 2 ada RM5,000 memang tak dapat lah.

 

Teknik 5: Cara Lain

Guna Kad Kredit untuk kumpul deposit melalui cashback dan rebate.  (Tips ni ada diceritakan dalam buku WTF? 23 Properties by 30). Main kutu tapi kalau kutu RM15,000 ada ke? Tapi kutu ni sekadar hendak mencukupkan baki-baki yang tidak cukup RM15,000 sahaja. Sila jangan gunakan main kutu sebagai medium jana kewangan utama anda.

 

Langkah yang terakhir ialah dengan memohon talian hayat yaqni memohon pertolongan kewangan dari ibu bapa kita. Syaratnya, anda perlu bayar kembali dan langkah ini lebih baik berbanding nada membuat pinjaman peribadi.

Categories: Pengurusan Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *