SAHAM: Salam perkenalan

Saham adalah satu alat pelaburan yang terdapat di dalam sistem kewangan. Pasaran saham ini merupakan tempat di mana pemilik syarikat ingin mendapatkan modal untuk mengembangkan perniagaan dan juga untuk pelabur menggunakan duit lebihan mereka untuk melabur di syarikat-syarikat yang berada di pasaran saham.

 

Organisasi yang menyediakan perkhidmatan ini di panggil “stock exchange”. Dalam kata mudah, “exchange” ini la yang membenarkan pelabur melakukan transaksi di pasaran saham dan memastikan pasaran ini berjalan dengan lancar.

 

Seperti yang di nyatakan diatas, pemilik syarikat ingin mengembangkan perniagaan dan memerlukan modal untuk itu. Pemilik syarikat mempunyai beberapa cara untuk mendapatkan modal tersebut antaranya dengan membuat pinjaman dengan bank.

 

Sekiranya pinjaman dengan bank mempunyai kadar faedah yang agak tinggi, pemilik syarikat boleh mendapatkan modal dengan cara mengapungkan saham syarikat di pasaran saham.

 

Bagaimana saham beroperasi

Untuk lebih memahami, mari kita lihat contoh dibawah:

  1. Vince ingin memulakan perniagan butik pakaian. Sebagai modal permulaan, Vince mengeluarkan modal sebanyak RM 50,000 untuk menjalankan perniagan itu.
  2. Perniagaan Vince berkembang dan Vince memerlukan modal yang lebih banyak untuk perniagaannya. Lalu Vince pergi ke Bank untuk membuat pinjaman bagi mengembangkan perniagaannya.
  3. Perniagaan terus berkembang, kini permintaan terhadap koleksi pakaian Vince bukan sahaja di dalam negara, malah ke Negara rantau. Kini Vince perlu modal yang lebih banyak.
  4. Pinjaman wang dari Bank dikenakan kadar keuntungan sangat tinggi. Jadi untuk mendapatkan kos yang lebih rendah,Vince ingin menjual 50% pegangan beliau kepada orang awam bagi mendapatkan modal.
  5. Selepas melalui beberapa proses, 200,000 unit saham butik pakaian Vince akan dijual. Kini syarikat Vince memakai gelaran ‘Berhad’ sempena penjualan pegangan saham beliau kepada orang awam.

Proses IPO

Begitulah perjalanan perniagaan sehingga berjaya di apungkan saham syarikat tersebut. Proses apungan saham kepada orang awam pula di panggil Initial Public Offering ataupun dalam kata mudah IPO. Duit hasil penjualan saham tersebut akan digunakan oleh Vince untuk mengembangkan perniagaan butik pakaiannya.

 

Bagaimana anda boleh membeli saham?

Pelabur saham pula boleh mendapatkan saham butik pakaian Vince dengan dua cara iaitu:

  1. Membeli saham ini ketika IPO. Apabila syarikat melakukan IPO, para pelabur atau pedagang boleh lah membeli saham ini dengan lebih awal. Harga pula berdasar kan “offering price” yang di nyatakan didalam prospektus.
  2. Para pelabur atau pedagang juga boleh melakukan jual beli saham syarikat selepas syarikat ini “listing” di Bursa Malaysia.

 

Dengan ini pelabur dapatlah mengembangkan lebihan wang yang mereka ada di dalam pasaran saham di samping pemilik syarikat dapat menggunakan modal untuk memperbesarkan perniagaan mereka.

 

Begitulah secara ringkas tentang perkenalan saham. Ketemu di lain waktu dengan ilmu pelaburan saham yang lain.

 

Categories: Saham

Che Muhammad Faiz

MSTA (UK), CFTe (USA)

1 Comment

3 Perkara Mempengaruhi Harga Emas · August 21, 2018 at 2:28 am

[…] Sumber : goldprice.org […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *