Amanah saham atau lebih dikenali sebagai unit trust  merupakan satu instrumen pelaburan yang ada di Malaysia. Jadi, apa sebenarnya unit trust ni?

 

Bagaimana Unit Trust Berfungsi?

Jika anda melaburkan duit anda ke dalam unit trust, duit anda akan disatukan dalam satu tabung (dana) bersama duit pelabur lain.

 

Kemudian duit tersebut akan diuruskan oleh fund manager untuk dilaburkan.

 

Ke Mana Duit Anda Dilaburkan?

Bergantung pada jenis dana yang anda labur. Secara lazimnya fund manager akan melabur dalam pasaran saham, bon/sukuk dan money market.

 

Konsep pelaburan unit trust. Kredit: AMInvest

 

Bagaimana Anda Boleh Mendapat Untung Dengan Unit Trust?

Ada dua jenis keuntungan dalam pelaburan unit trust iaitu:

1. Kenaikan Harga

Katakan anda beli Dana Unit Trust A pada harga RM1.00. Dua tahun kemudiannya harga Dana Unit Trust A naik ke RM2.00. Secara kasarnya anda sudah untung RM2.00 disini.

 

2. Dividen

Seperti mana ASB, ada juga dana-dana unit trust yang memberikan dividen tahunan kepada pelabur.

 

Berapa Potensi Pulangan Unit Trust Dan Apa Pula Risikonya?

Ada risiko tak pelaburan unit trust ni? Sudah semestinya ada,  tiada pelaburan yang bebas daripada risiko.

 

Walau bagaimana pun risikonya lebih rendah berbanding anda melabur saham. Hal ini kerana dalam satu-satu dana itu, ada banyak pelaburan dalam dana tersebut.

 

Lihat gambar dibawah, gambar dibawah menunjukan pecahan pelaburan bagi Eastspring Dana Al-Ilham. Di bahagian asset allocation, ianya menerangkan dalam sektor apakah dana dilaburkan.

 

 

Dalam bahagian top holdings pula, ianya menunjukkan antara saham yang dibeli dana tersebut. Sesuatu dana boleh melabur sehingga 30 saham syarikat.

 

Kita berbalik kepada perbincangan risiko tadi, kenapa pelaburan unit trust tidak berisiko tinggi? Kerana pelaburan unit trust is well diversified.

 

Berdasarkan contoh Eastspring Dana Al-Ilham, jika saham TNB jatuh sekali pun, masih ada saham lain lagi sebagai backup.

 

Dari segi keuntungan pula, kita melihat kepada keuntungan melebihi 7% setahun. Jika rendah daripada itu, lebih baik kita simpan dalam ASB sahaja. 

 

 

Berapa Lama Perlu Labur Dalam Unit Trust?

Pelaburan unit trust adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang (3 tahun ke atas).  Cuba anda lihat contoh di bawah, hanya selepas 4 tahun barulah dana tersebut betul-betul untung.

 

Dana Unit Trust Apa Yang Ada?

Di Malaysia, ada lebih kurang 200 dana islamik dan 35 syarikat yang menguruskan unit trust. Anda boleh daripada mana syarikat, atau apa sahaja dana yang anda minat.

 

Tapi pastikan anda sudah kaji dahulu dana apa yang anda nak labur.

 

 

Senarai Syarikat Unit Trust

1. Aberdeen Islamic Asset Management > http://www.aberdeen-asset.com.my
2. Affin Fund Management > http://affinhwang.com
3. AmanahRaya Investment Management > http://www.arim.com.my
4. AmInvestment Service Berhad > http://www.amesecurities.com.my
5. Areca Capital Sdn Bhd > http://arecacapital.com
6. BIMB Investment Management Berhad > http://www.bankislam.com.my
7. CIMB Principal Asset Management Bhd > http://www.cimb-principal.com.my
8. Eastspring Investments Berhad > http://www.eastspringinvestments.com.my
9. Franklin Templeton Asset Management > http://www.franklintempleton.my
10. Hwang Investment Management Bhd > http://hwang.com.my
11. Inter-Pacific Asset Management Sdn Bhd > http://www.interpacificmgmt.com
12. KAF Fund Management > http://www.kaf.com.my
13. Kenanga Investment Berhad > http://www.kenanga.com.my
14. Libra Onvest Berhad > http://www.oneinvest.com.my
15. Manulife Asset Management Service Berhad > http://www.manulifeinvestment.com.my
16. Maybank Asset Management Sdn Bhd> http://www.maybank-am.com
17. MIDF Amanah Asset Management Berhad > http://www.midf.com.my
18. Opus Asset Management Sdn Bhd > http://www.opusasset.com
19. Pacific Mutual Fund Berhad > http://www.pacificmutual.com.my
20. Pheim Unit Trusts Berhad > http://www.pheimunittrusts.com
21. Philip Mutual Berhad > http://www.phillipmutual.com
22. PMB Investment Berhad > http://pmbinvest.com.my
23. RHB Asset Management Sdn Bhd > http://rhbim.rhb.com.my
24. TA Investment Management Bhd > http://www.tainvest.com.my/

 

 

 

 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *