Ramai golongan Gen Y yang akan pernah terfikir nak membuat business sendiri. Dan ramai juga tertanya-tanya apa bisnes yang sesuai untuk dia buat ye?

 

Aku sendiri tak pernah merasakan diri aku sebagai seorang businessman. Sebab aku ni kapitalis, bukan businessman haha. Tapi sebagai seorang kapitalis yang dah pernah tengok dan mengkaji agak banyak business, ini antara beberapa soalan yang korang boleh tanya diri sendiri samada sesuai ke tidak untuk teruskan idea business tu. Atau untuk melabur dalam business tu.

 

1) Ada headstart tak untuk business tu?

Antara kesilapan yang biasa dilakukan untuk buat business adalah bermula dalam keadaan korang tak ada sebarang ‘headstart‘ yang boleh ‘leverage‘ untuk menjayakan business tersebut daripada awal.

 

Contohnya?

Syarikat pelancongan A bermula dengan ada connection dengan pelajar-pelajar Malaysia di banyak negara.

 

Syarikat pisang K berjaya mendapat tanah untuk diusahakan oleh kerajaan.

 

Syarikat fesyen V memang sudah lama menjadi Blogger yang terkenal dalam bidang fesyen.

 

Syarikat pembinaan T memang dah lama kerja sebagai orang sektor pembinaan dan sudah mengenali supplier, developer, serta semua yang berkaitan.

 

Headstart ni akan sangat membantu survival kita dalam fasa 6 bulan pertama business. Iaitu fasa yang biasanya menentukan samada kita akan terus membuat business itu ataupun menyerah dari awal.

 

Image result for food truck malaysia

Kredit: World Of Buzz

 

2) Boleh tak capai RM30,000 jualan sebulan dalam masa setahun?

Bagi yang tidak biasa dengan dunia business mungkin merasakan RM30,000 itu seperti banyak. Tetapi sebenarnya langsung tidak.

 

RM30,000 ini seperti benchmark yang menentukan samada sesuatu business itu boleh survive atau tidak. Akan rugi atau untung. Berbaloi diteruskan atau lebih baik tutup sahaja.

 

Of course lain business, lain kayu ukurnya. Tetapi daripada pengalaman melihat kebanyakan business, memang boleh kata RM30,000 sebulan jualan adalah kayu ukur umum yang sesuai.

 

Cubalah kira berapa banyak jualan / pelanggan yang boleh dapat. Kalau rasa macam RM30,000 itu sangat sukar, mungkin tidak perlu teruskan perniagaan itu. Sebab dirisaukan nanti tidur malam pun tak lena memikirkan macam mana nak hidup di bulan hadapan.

 

Image result for poslaju banyak

 

3) Wujudkah harapan capai RM1 juta jualan setahun?

Ini untuk mengukur kapasiti sesuatu perniagaan itu. Ianya mungkin sukar untuk dicapai, tetapi kalau business itu tidak mempunyai pun harapan atau potensi untuk mencapai RM1 juta jualan setahun, sekaligus bermaksud business itu sendiri tidak boleh pergi jauh mana dan tidaklah menarik sangat untuk diceburi.

 

Of course kalau korang menceburi business tu sebab hobi / minat, maka isu ini tidaklah begitu penting

 

Image result for photographer kerja

Kredit: Maukerja

4) Pemain sedia ada macam mana?

Berminat nak labur dalam restoran? Tengoklah perniagaan restoran di tempat itu.

 

Berminat nak labur dalam klinik? Cuba survey berapa ramai pesakit sehari dekat klinik lain di kawasan itu.

 

Berminat nak buka perniagaan tudung online? Cuba tengok berapa banyak komen di ruangan komen page-page tudung sedia ada.

 

Tapi berhati-hati

 

Kita senang menjadi bias melihat brand yang besar dan kita biasa dengannya. Tapi penting juga untuk kita tengok brand-brand lain yang tak laku.

 

Kalau restoran di tempat tu majoritinya suam-suam kuku je walau semasa peak hour…. Tak perlulah buka restoran di situ.

 

Image result for gerai nasi lemak anak dara

Nasi Lemak Anak Dara yang viral seketika dahulu. Kredit: forum.lowyat

 

5) Kita sendiri kenal ke orang yang akan berminat nak beli?

Kalau kita sendiri tak berminat dengan produk kita. Atau kita tak dapat jumpa orang lain yang akan berminat dengan produk kita…. Atau kita dan orang sekeliling kita lebih sukakan produk pesaing kita daripada produk kita.

 

Seriously tak perlulah teruskan.

 

Sekian

 

Ini apa yang aku mula belajar sendiri lepas sikit sebanyak menjadi kapitalis.

 

Artikel ini ditulis oleh: Izzuddin Yussof

Categories: Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *