Dalam buku Robert Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad, beliau menyatakan ada dua jenis ayah. Walaupun kedua-dua mereka berkerja keras, tetapi salah sorang mereka sentiasa menghadapi masalah kewangan.

 

“Saya perhatikan bahawa ayah saya miskin, bukan kerana jumlah wang yang diperolehnya, tetapi kerana pemikiran dan tindakannya,” Robert Kiyosaki

 

Disini saya kongsikan 6 pengajaran daripada buku tersebut.

 

#1 Ianya bukan berapa banyak wang yang kita boleh dapat, tapi berapa yang kita boleh simpan

Kebanyakan kita belajar cara-cara nak mencari duit melalui pekerjaan atau perniagaan. Tapi kita sering terlupa ilmu untuk mengurus pendapatan yang kita perolehi.

 

Untuk menjadi bijak kewangan tidaklah sukar mana. Mulakan dengan mengenal aset dan liabiliti serta memastikan aliran tunai kita sentiasa positif.

 

Related image

#2 Orang miskin dan sederhana bekerja untuk duit. Bagi orang kaya, duit bekerja untuk mereka

Bekerja untuk duit dilihat lebih mudah berbanding menjadikan duit berkerja untuk kita.

 

Antara cara untuk membuatkan duit berkerja kita adalah melalui perniagaan dan pelaburan. Walau bagaimanapun tidak ramai yang sanggup menanggung risikonya.

 

#3 Bukan orang bijak yang sentiasa ke hadapan, tetapi orang yang berani

Dalam dunia perkerjaan atau bisnes, pencapaian akademik yang baik semata-mata tidak akan membantu kita untuk berjaya. Sebaliknya ia bergantung kepada sikap individu itu sendiri.

 

Selain itu, hanya orang yang berani sahaja yang akan melabur kerana berani menghadapi risiko. Tetapi bukanlah kita melabur tanpa hala tuju. Ilmu dan pengawalan risiko perlu diambil kira.

 

Image result for throw money

 

#4 Minda kita merupakan aset yang paling berharga

Orang kaya sentiasa mencari jalan keluar dan penyelesaian bagi masalah kewangan mereka.

 

Sebab itu kita lihat, ada sahaja usahawan yang telah muflis tapi mampu untuk bangkit semula dan menjadi lebih berjaya daripada sebelumnya.

 

#5 Orang kaya fokus kepada aset sedang orang lain fokus kepada pendapatan

Orang kebanyakan lebih fokus kepada berapa gaji bulanan yang mereka dapat sedangkan orang kaya sentiasa mengumpul aset.

 

Untuk mencapai kebebasan kewangan kita perlu fokus kepada mengumpul aset berbanding hutang.

 

Ramai dalam kalangan kita hari ini sibuk mengumpul hutang untuk memenuhi gaya hidup terkini. Sepatutnya kita perlu mengumpul aset terlebih dahulu, kemudian duit terhasil daripada aset tersebut digunakan untuk membeli barang kehendak.

 

 

 

 

 

Categories: Umum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *