Pernah dengar kisah bagaimana Nabi Yusuf menafsir mimpi Raja Mesir dalam surah Yusuf? Kalau belum, eloklah dengar ibrah kisah ni di Youtube oleh Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman – Nabi Yusuf Mengurus Krisis Kewangan Mesir. Pelbagai ibrah kita boleh ambil dan praktikkan dalan pengurusan kewangan kita.

 

Artikel ini bakal merungkai apakah formula Nabi Yusuf dalam mengurus kewangan.

 

a043-c7a41c89be9dca6505ebe8d2cc7777df

 

Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: “Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi”.

 

Secara ringkasnya, pengajaran daripada kisah ini boleh dirumuskan kepada formula Y.U.S.U.F.

 

Y : Yakin Pada Allah

Raja Mesir ketika itu bermimpi seperti mana yang dinyatakan dalam Surah Yusuf, ayat 43. Ketika itu, tiada siapa yang mampu menafsir mimpi tersebut sehinggalah salah seorang pekerja Raja Mesir itu yang juga merupakan bekas banduan menawarkan untuk meminta Nabi Yusuf yang berada dalam penjara ketika itu untuk menafsirkan mimpi tersebut.

 

Sebab apa bekas banduan ini cadangkan Nabi Yusuf? Bekas banduan ni berjaya dibebaskan hasil tafsiran mimpi yang dialaminya oleh Nabi Yusuf ketika sekali dalam penjara. Nabi Yusuf minta diceritakan halnya menafsirkan mimpi tersebut agar dapat dibebaskan juga, namun tiada khabar berita sehingga 9 tahun kemudian baru dia datang semula untuk minta Nabi Yusuf menafsirkan mimpi Raja Mesir pula.

 

Cuba bayangkan kita berada dalam situasi Nabi Yusuf? Mahu kita belasah atau maki hamun kawn kita tu dulu, mana tidak, kita dah tolong dia dulu, bila kita minta tolong dia pula larikan diri.

 

Tidak pada Nabi Yusuf, pengharapannya bukan pada manusia, tapi pada Allah. Harapkan manusia kita pasti kecewa. Bila kita yakin semuanya ketentuan Allah, kita yakin akan kewujudan kita didunia pasti ada tujuannya dan pasti akan diuji.

 

Dalam konteks sekarang, kita kena yakin bahawa segala kelebihan atau kekurangan yang kita hadapi adalah ujian daripada Allah. Sama ada kita makin dekat atau jauh daripada Allah. Kalau kita rasa tak cukup sekali pun, derma lah. Yakinlah, pasti ada ganjaran daripada pintu yang tak disangka-sangka.

 

U : Usaha Sehabis Baik!

A047

Yusuf menjawab : “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.

 

Usaha sungguh-sungguh kena ada 3 perkara ni seperti yang Nabi Yusuf lakukan iaitu :

Jangka masa/timeline : 7 tahun berusaha sungguh-sungguh, habis-habisan!

Ancaman : 7 tahun kedua adalah tempoh yang sangat syadid yakni kemarau yang sangat teruk.

Ganjaran : Selepas tempoh kemarau, Nabi Yusuf mendapat wahyu bahawa tempoh itu adalah tempoh yang subur.

 

S : Simpan Dahulu Baru Belanja

Berdasarkan Ayat 47,

“….apa yang kamu tuai biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.”

 

Biarkan pada tangkai-tangkainya maksudnya disini simpan dan jaga kualitinya sekali sebab tu tak ditanggalkan tangkai-tangkai tu.

 

Kita pula, simpan tu biarlah ditempat yang berkualiti dari segi duit tu boleh beranak-pinak. Orang biasa, belanja dulu baru simpan. Orang luar biasa, simpan dulu baru belanja.

 

U : Utamakan Yang Utama Dalam Kewangan

“Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering….”

 

Lembu simboliknya kenderaan. Manakala tangkai tu merujuk tanaman. Kalau nak hadapi musim kemarau atau kegawatan ekonomi, agak-agak apa yang kita nak sediakan? Beli kereta dulu atau beli tanah/buat pelaburan?

 

Penting untuk kita bezakan antara aset dan liabiliti. Kurangkan liabiliti tingkatkan aset.

 

F : Fokus Dalam Bulatan Kawalan Kita

Related image

 

Dalam kisah ni, perubahan cuaca itu adalah diluar kawalan kita, orang yang REAKTIF akan fokus pada bulatan kebimbangan (Circle of Concern). Tidak bagi Nabi Yusuf, baginda adalah PROAKTIF, fokus pada bulatan kawalan (Circle of Influence), fikir pada solusi terhadap segala masalah. Tidak meroyan dan salahkan orang lain, tetapi sentiasa fikir untuk kembangkan bulatan kawalan.

 

Akhir kata, apa yang terdapat pada Al-Quran bukan sekadar kisah yang enak didengar, tetapi peringatan kepada kita bahawa situasi sebegini pasti akan berlaku pada masa akan datang. Semoga ini menjadi panduan untuk kita apabila menghadapai situasi sebegini.

 

Artikel ini ditulis oleh Zuhair Masiran

Categories: Pengurusan Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *