Secara umumnya ada 3 teknik untuk menghapuskan hutang iaitu debt consolidation, avalanche dan snow ball. Untuk artikel ini kita akan bincangkan teknik debt consolidation dahulu.

 

Debt Consolidation ini dibuat dengan menggabungkan kesemua hutang yang ada kepada satu hutang sahaja, dan hutang yang baru itu pula mestilah mempunyai kadar bayaran bulanan yang lebih rendah dari jumlah bayaran kesemua hutang yang sedia ada.

 

Maknanya kalau jumlah semua hutang adalah RM600 sebulan, dengan teknik ini bayaran bulanan tu akan berkurang ke RM400 contohnya.

 

Cuba kita tengok contoh dibawah untuk faham dengan lebih mudah:

a) Hutang Kad Kredit
i) Baki Hutang = RM10,000
ii) Kadar Faedah = 18% pa
iii) Bayaran Minimum = RM500

 

b) Hutang Pinjaman Peribadi
i) Baki Hutang = RM30,000
ii) Kadar Faedah = 9% pa
iii) Bayaran Bulanan = RM500

 

c) Hutang Kereta
i) Baki Hutang = RM40,000
ii) Kadar Faedah = 3.5% pa
iii) Bayaran Bulan = RM800

 

Jadi, jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar untuk kesemua hutang ni adalah RM1,800. Untuk mereka yang bergaji RM3,000 kebawah, ini dah 60% dari pendapatan. Belum masuk sewa rumah dan kos-kos sara hidup yang lain lagi.

 

Macam mana nak rendahkan bayaran bulanan RM1,800 ni dengan teknik debt consolidation?

 

Ada 2 cara yang kita oleh gunakan:

 

1) Buat hutang baru

Apply satu lagi loan/financing yang amaunnya sama dengan jumlah hutang yang sedia ada, dalam kes ini RM80,000. Boleh check dengan bank untuk kadar termurah yang boleh kita dapat.

 

Boleh mention juga dengan banker yang kita nak buat loan consolidation. Kalau nasib anda baik, mungkin boleh dapat special rate.

 

Kalau semak dalam website iMoney, Bank Rakyat ada tawarkan personal loan dengan kadar 4.87% pa untuk pembiayaan berjumlah RM80,000 selama 10 tahun. Bayaran bulanan pula hanya sekitar RM990.

 

Image result for personal loan bank rakyat

Kredit: TheMalaysianEdge

 

Jadi, kita boleh gunakan duit pembiayaan ini untuk terus tutup kesemua hutang yang kita ada dan secara automatiknya kita dah dapat free up RM810 setiap bulan.

 

Dengan improved cashflow yang kita ada sekarang ni boleh lah digunakan untuk sebagai simpanan atau laburkan.

 

Kekurangannya? Anda mungkin terpaksa menanggung hutang tersebut untuk tempoh yang lebih lama. Tapi sepatutnya by now, dah serik lah kan nak buat hutang baru. Sepatutnya lah kan.

 

2) Refinance rumah!

Bagi mereka yang ada rumah. Silap-silap mungkin dapat kadar keuntungan pembiayaan rumah yang lebih rendah berbanding sewaktu mereka mula membeli rumah dahulu. Dari 7% kepada kadar baru 4.5% contohnya.

 

Rumah yang telah dibeli pada 10 atau 5 tahun lepas berkemungkinan besar dah naik nilainya. Beli dulu dengan harga RM200,000 pada 10 tahun lepas. Sekarang mungkin sudah jadi RM300, 000.

 

Image result for rumah

 

Contoh kiraan mudah (tidak termasuk refinancing cost)

Harga Pasaran = RM300,000

Baki pinjaman Bank = RM150,000

Pinjaman Baru : RM300,000 x 90% = RM270,000

Aliran Tunai : RM270,000 – RM150,000 = RM120,000

Komitmen bulanan Refinance = RM1,040 (anggaran guna Loan Calculator @ 4.5% pa)

 

Boleh gunakan RM120,000 tu untuk tutup hutang RM80,000 tadi, dan ada lagi lebihan cash RM40,000 untuk digunakan untuk pelbagai tujuan lain. Komitmen bulanan pun berkurang kepada RM1,040 daripada RM1,800.

 

Tapi beringat lah ye. Dah selesai hutang dengan cepat ni, jangan lah cepat pulak buat hutang lain. Kadang-kadang tu penyakit hutang ni disebabkan sifat kita sendiri. Selesaikan lah “root cause” sebenar masalah kewangan kita, rather than keep looking for quick fix.

 

Teknik-teknik yang lain akan di terangkan dalam artikel akan datang.

 

Artikel asal : Siraj Fahmi

Categories: Pengurusan Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *