Masih ramai dalam kalangan kita yang mempunyai tanggapan bahawa harga emas sentiasa naik, adakah ianya benar? Ianya tidak benar sama sekali. Harga emas fluctuate, ada masa turun dan ada masa naik.

 

Lihat graf dibawah, harga emas tahun 1 tahun ini jatuh lebih kurang 9%.

Graf emas

Sumber : goldprice.org

 

Apakah perkara yang mempengeruhi harga emas? Secara asasnya supply demand yang mempengaruhi harga emas, lebih banyak permintaan lebih tinggi lah harga emas. Untuk pengetahuan anda, emas antara komoditi yang paling ramai orang trade(jual beli). Disini saya akan senaraikan 3 faktor yang mempengaruhi harga emas.

 

1. Uncertainty (Ketidaktentuan)

Uncertainty dalam kestabilan politik boleh mempengaruhi harga emas. Contohnya seperti peristiwa BREXIT, pilihan raya di Amerika Syarikat ataupun berlakunya perang. Apabila adanya uncertainty kebiasaanya harga akan naik.

 

2. Data Ekonomi

Antara data ekonomi yang biasa dipakai oleh trader dan pelabur adalah adalah GDP growth, inflation rate, unemployment rate. Data ekonomi  menunjukkan kekuatan ekonomi sesebuah negara. Kebiasaanyya ketika ekonomi semakin stabil harga emas akan menurun.

 

Bila ekonomi berada dalam keadaan yang baik, pasaran saham akan menjadi tumpuan, ramai pelabur akan masuk ke dalam pasaran saham. Tapi apabila pasaran saham jatuh atau mengalami correction, pelabur akan keluar dari saham dan masuk ke pasaran emas atau tunai.

 

3. Inflasi

Kenaikan harga barang yang tinggi boleh menyebabkan harga emas naik lebih tinggi. Untuk mengetahui harga semasa dunia untuk emas, anda boleh tengok di , dah buka website tersebut anda search XAU USD. Tapi kalau tengok di website ini kita tak boleh nak direct translate ke harga MYR. Kena factor in USD MYR rate juga Contoh : Jika XAU USD turun, USD MYR turun, Secara amnya emas akan murah di Malaysia

Categories: Lain-lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *