Takaful merupakan salah satu elemen penting dalam perancangan kewangan. Takaful merupakan salah satu elemen yang digunakan oleh perunding kewangan bagi menguruskan risiko pelabur dan klien. Setiap hari kita sentiasa terdedah dengan pelbagai risiko seperti kemalangan, kematian dan jatuh sakit. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat menjangkakan bila perkara ini akan berlaku. Meskipun kita sudah mempunyai dana kecemasan, tetapi tabung kecemasan untuk persediaan perkara luar jangka manakala takaful untuk persediaan musibah kewangan.

 

Musibah kewangan adalah perkara-perkara yang tak dijangka berlaku sehingga mengganggu pendapatan. Apabila pendapatan terganggu, ini akan menyebabkan perancangan kewnagan yang telah dibuat akan terganggu kerana klien sudah tiada lagi pendapatan. Hal ini seterusnya akan mengganggu kita untuk mencapai kebebasan kewangan. Terdapat 3 perkara yang merupakan contoh musibah kewangan.

 

kematian

Sumber : ikimfm.my

1. Kematian

Apabila berlaku kematian kepada seseorang terutamanya yang dikenali sebagai breadwinner, ini akan menyebabkan kesuluruhan sumber pendapatan keluarga terjejas. Jika sebelum ini pendapatan suami RM3000 dan isteri RM3000 menjadikan jumlah pendapatan keluarga tersebut RM6000. Katakan perbelanjaan keluarga tersebut sekitar RM3000 sebulan, mereka masih mempunyai lebihan sebanyak RM3000.

 

Hal berlainan berlaku apabila berlaku kematian pada suami. Oleh kerana perbelanjaan keluarga adalah RM3000, gaji isteri hanylah ngam-ngam untuk tamping perbelanjaan keluarga. Cuba fikirkan jika perbelanjaan keluarga tersebut melebihi pendapatan isteri, bagaimanakah keluarga tersebut dapat mengekalkan kehidupan mereka? Oleh itu, breadwinner terutamanya perlulah memikirkan satu kaedah untuk menggantikan pendapatan apabila dia sudah tiada.

 

“Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

(Al Baqarah:240)

 

Yang lebih perit untuk dihadapi apabila berlaku kematian, keluarga diwariskan dengan jumlah hutang yang besar. Pasangan dan anak-anak yang akan menerima kesan tersebut kerana tidak dapat membayar komitmen hutang yang banyak. Perkara ini dapat dielakkan jika kita mempunyai satu dana khas untuk membayar semua hutang-hutang kita.

 

2. Kelumpuhan

Apabila berlaku kelumpuhan, seseorang tidak dapat bekerja. Terdapat beberapa kesan apabila berlaku kelumpuhan.

 

Antaranya terpaksa cari sumber pendapatan tambahan bagi tampung perbelanjaan keluarga seperti kos ubat, lampin, rawatan dan sebagainya. Pada masa yang sama, pasangan juga dalam dilema sama ada nak mencari pendapatan tambahan kerana kos perbelanjaan makin meningkat atau nak menjaga pasangannya yang terlantar di rumah. Kalaulah pasangan nak upah orang lain yang jaga, akan menambahkan perbelanjaan keluarga.

 

Selain itu, apabila seseorang lupuh dia tidak lagi berupaya untuk bekerja dan akan hilang punca pendapatannya. Sudahlah perbelanjaan keluarga meningkat, pendapatan keluarga pula makin berkurangan.

 

3. Sakit kronik

Situasi sakit kronik pula, kesannya lebih kurang macam kelumpuhan. Apabila berlaku sakit kronik pasangan terpaksa tanggung beban kos rawatan, penjagaan dan sebagainya. Ada yang tertanya-tanya apakah sakit kronik yang dilindungi oleh takaful, ini adalah senarai contoh penyakit yang dilindungi oleh syarikat takaful.

 

  1. Strok
  2. Serangan Jantung
  3. Kegagalan fungsi buah pinggang
  4. Kanser
  5. Koronari Arteri
  6. Penyakit hati Kronik
  7. Fulminan viral hepatitis
  8. Koma
  9. Ketumbuhan benign otak
  10. Pralisis/Paraplegia
  11. Hilang penglihatan
  12. Hilang pendengaran
  13. Melecur teruk
  14. Paru-paru kronik
  15. Encephalitis
  16. Pemindahan organ utama
  17. Kehilangan percakapan
  18. Pembedahan otak
  19. Penggantian injap jantung
  20. Penyakit Terminal
  21. AIDS
  22. Meningitis
  23. Major Head Trauma
  24. Poliomyelitis
  25. Aplastic anaemia
  26. Motor Neurone
  27. Parkinson
  28. Alzheimer /Irreversible organic Degenerative Brain Disorders
  29. Apallic syndrome
  30. Muscular dystrophy
  31. Pembedahan Aorta
  32. Multiple sclerosis
  33. Pulmonari utama arteri darah tinggi
  34. Penyakit medulla sistik
  35. Cardiomyopathy
  36. SLE dengan Lupus Nephritis

 

Kesimpulan

Kita tidak meminta perkara-perkara musibah kewangan ini daripada berlaku. Sebagai manusia biasa juga, kita tidak mampu untuk menjangkakan blakah kita akan jatuh sakit atau kemalangan. Apa yang kita boleh buat adalah kita boleh bersedia jika perkara tersebut ditakdirkan untuk berlaku. Bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan. Sebab itu penting takaful hayat dan penyakit kritikal sebagai perlindungan apabila berlaku musibah kewangan yang mengganggu pendapatan.

 

Apa yang anda perlu tahu adalah takaful berfungsi sebagai PERLINDUNGAN bukannya PELABURAN atau SIMPANAN. Anda boleh menghubungi saya perancang kewangan yang bertauliah untuk mendapatkan takaful yang sesuai untuk perancangan kewangan anda agar memudahkan pasangan dan anak-anak jika sesuatu musibah menimpa anda.

Categories: Takaful

1 Comment

Bila Waktu Terbaik Anda Patut Melanggan Takaful? - Sembang Labur · October 25, 2018 at 2:52 am

[…] Artikel berkaitan: 3 Perkara Dilindungi Takaful Hayat […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *