Apa dia 3 mitos pelaburan yang selalu kita dengar?

 

1. Pelaburan susah dan merumitkan

Mesti anda rasa pelaburan ni satu perkara yang susah, banyak benda perlu difahami. Tapi yang anda kena tahu sebenarnya adalah pelaburan ni tidaklah sesukar yang disangkakan.

 

Sesetengah pelaburan mungkin memerlukan ilmu teknikal seperti pelaburan saham, flipping hartanah dan emas. Akan tetapi anda boleh sahaja bermula dengan pelaburan yang lebih straightforward seperti ASB, AHB, ETF dan Unit Amanah. Belajar dalam masa sejam pun dah boleh faham.

 

Image result for stress

 

Alasan susah dan rumit tidak sesuai dijadikan alasan untuk mula melabur kerana anda boleh bermula dengan instrumen yg mudah dahulu.

 

Sambil itu anda boleh tingkatkan skill pelaburan dari semasa ke semasa. Semakin hari semakin pandailah kita dalam pelaburan, tapi kalau nak bermula pun susah, sampai bila pun kita tidak akan pandai melabur.

 

 

2. Pelaburan terlampau banyak risiko

Pelaburan jadi berisiko bila kita tiada ilmu, melabur ikut sedap hati sahaja. Kebiasaanya orang yang sangka pelaburan ni berisiko tinggi hasil dengar daripada mulut orang sahaja.

 

Pasti anda biasa dengar ayat-ayat di bawah ini:

‘Tahun depan market crash wei, taknak la aku invest’

 

‘Eh, haritu aku dengar property market dah nak bubble, tunggu dia murah nanti aku beli’

 

‘kawan aku cakap melabur saham ni asyik rugi je’

 

Hakikatnya bagi pelaburan jangka masa panjang (>10 tahun), kemungkinan untuk rugi adalah rendah.

 

Image result for investment

 

Lainlah kalau anda beli rumah hari ini esok terus nak jual, beli saham hari ini esok terus nak untung 50%. Memang susahlah nak dapat keuntungan tinggi dalam masa singkat.

 

3. Pelaburan memerlukan modal yang besar

Sebenarnya untuk memulakan pelaburan, anda tidak memerlukan modal yang besar.

 

Mari kita lihat contoh pelaburan yang tidak memerlukan modal yang besar.

 

Hartanah

Kalau kita beli hartanah undercon,  RM1,000 pun sudah memadai untuk kos booking. Ada juga pemaju hartanah yang memberikan diskaun dan rebate.

 

Bagi rumah sub-sale pula, anda tidak perlu keluarkan modal jika anda dapat beli hartanah di bawah harga pasaran.

 

Saham

Yuran membuka akaun CDS hanya RM10.60. Pembelian saham pertama pula boleh dimulakan serendah RM50 bagi satu lot saham.

 

Unit trust 

Boleh mulakan pelaburan serendah RM100 sebulan.

 

AHB 

Pembukaan akaun hanya RM100.

 

ASB 

Pembukaan akaun hanya RM10.

 

Jadi anda tidak boleh bagi alasan yang sama lagi untuk tidak melabur. Jangan jadikan mitos pelaburan ini sebagai penghalang untuk anda merancang masa depan kewangan anda.

Categories: Pelaburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *