Terdapat 3 tempat kita boleh membuat pembelian rumah. Kenali ketiga-tiga kategori ini dahulu sebelum membuat pembelian rumah.

 

1. Primary Market

Primary market adalah kategori rumah baru. Bermaksud anda membeli direct daripada pemaju rumah. Kebiasaannya primary market dipanggil market undercon (rumah dalam pembinaan). Pembelian boleh dibuat seawal fasa pelancaran (launching). Kebiasaannya harga sebelum rumah siap dibina lebih murah berbanding selepas siap.

Biasanya bagi rumah undercon, pemaju akan memberikan rebate atau diskaun. Kita biasa jumpa iklan pembelian rumah tanpa deposit kan? Bagi situasi begitu bermaksud pemaju memberikan rabate 10%, maka kita tidak lagi perlu mengeluarkan 10% sebagai deposit rumah.

 

 

2. Secondary market

Nama lain bagi secondary market adalah subsale market ataupun bahasa pasarnya rumah second hand. Harga rumah berdasarkan berapa yang ditetapkan oleh tuan rumah. Haraga boleh jadi lebih murah atau lebih mahal berbanding market value.

Bagaiman pula dengan kos pembelian rumah subsale? Secara kasarnya anda perlu menyediakan 10% untuk deposit dan 5% lagi untuk kos guaman (legal fee). Jika harga rumah yang ingin dibeli berharga RM500,000, maka kita perlu sediakan lebih kurang RM75,000 sebagai deposit.

 

 

3. Market lelong

Lelogan rumah dibuat oleh bank. Rumah dilelong oleh bank kerana pemilik asalnya tidak lagi mampu membuat bayaran kepada bank. Kebiasaannya harga rumah lelong akan murah lebih kurang 20-30% daripada harga pasaran.

Katakan harga rumah RM100,000, bank akan bukan harga bidding kepada pembida bermula dengan RM70,000. Rumah akan dibida sehingga tiada pihak membuka harga yang lebih tinggi. Jika pembida terakhir berhenti pada harga RM85,000, rumah tersebut akan dijual pada harga RM85,000.

Kondisi rumah lelong boleh jadi keadaan baik ataupun dalam keadaan rosak. Ada rumah lelong yang tiada bumbung,pintu dan tingkap. Untuk mengetahui keadaan ruah, anda perlu mebuat lawatan sendiri. Mungkin juga rumah tersebut mempunyai tunggakan bil air dan eletrik.

Untuk masuk membida pula, anda perlu menyediakan bank draft bernilai 10% daripada harga pembukaan bidaan.

 

Setiap market ada kelebihan dan kekurangannya sendiri. Ketiganya sesuai dibeli untuk pelaburan ataupun tempat tinggal.

Categories: Hartanah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *