Ramai ke yang buat kira-kira terlebih dahulu sebelum membeli kereta? Atau janji lepas bayaran bulanan kira kita dah mampu untuk beli kereta tersebut? Ingat ye, mampu bayar bulan belum tentu lagi kita mampu memiliki kereta tersebut.

Untuk anda yang ingin memastikan kereta yang dibeli tidak melebihi kemampuan kewangan peribadi, anda boleh gunakan 3 formula dibawah ini sebagai panduan.

 

beli kereta1. 20/5/10

Apa benda 20/5/10 ni? Detailnya seperti berikut:

i) 20% sebagai duit bayaran muka (Down payment)

ii) 5 tahun tempoh pinjaman

iii) Bayaran bulanan kereta tidak melebihi 10% daripada gaji.

Contohnya harga kereta yang ingin dibeli adalah RM40,000. Maka kita perlu sediakan bayaran muka sekurangnya RM8,000, lebih banyak lebih bagus. Tempoh pinjaman pula kita hadkan kepada 5 tahun sahaja maksimum. Jadinya bayaran bulanan kita lebih kurang RM613. Jika RM613 itu tidak lebih 10% gaji kita, proceed sahaja dengan membeli kereta tersebut.

Kalau bayaran bulanan RM613, gaji mestilah lebih kurang RM6,000, barulah dapat bayaran bulanan kurang dari 10% gaji. Mungkin ramai yang tak mampu sebab masih bergaji kecil, untuk kelonggaran boleh panjangkan tempoh pinjaman kepada 7 tahun supaya bayaran bulanan lebih rendah.

Kenapa bayaran bulanan mesti i 10% gaji. Yela, itu baru bayaran bulanan sahaja, belum takaful, roadtax dan lain lain lagi. Takkan kita nak habiskan gaji untuk kereta semata sahaja kan.

2. Harga kereta = setahun gaji

Rujuk gambar bawah ni, agak agak kereta apa anda boleh pakai ?

harga kereta

 

kereta 23. Beli kereta tunai bawah RM20,000

Cara ini paling cara yang paling saya suka, sebab selepas beli kita tidak perlu lagi memikirkan tentang bayaran bulanan. Tinggal bahagian maintenance sahaja yang perlu dirisaukan.

Tapi mesti ada yang kata “kereta second hand ni maintenance tinggi la bang“. Seeloknya sebelum beli bawalah pomen kereta untuk check keadaan kereta, inshaAllah semuanya okay sahaja.

Berdasarkan pengalaman peribadi, okay sahaja pakai kereta second hand ni. Sebelum ni saya pakai kereta yang berusia lebih 10 tahun. Kos penyelenggaraan lebih kurang RM1,000-RM2,000 setahun. Ibaratnya saya bayar RM100 sebulan untuk kereta tersebut.

 

Anda nak beli kereta mahal? Boleh saje, tapi naikkan lah dulu pendapatan. Biar kereta yang dibeli sesuai dengan pendapatan. Kita mula dari bawah dulu. Kemudian slow-slow kita upgrade.

Before this saya dah pernah jumpa a few cases yang menyesal beli kereta mahal. Yela masa beli tu masih lagi bujang, komitmen belum banyak. Masalah biasanya datang selepas berkawin, komitmen makin bertambah.

Seeloknya buatlah kira-kira dengan lebih detail terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli kereta. Beli kereta tidak salah, yang salah adalah membeli kereta diluar kemampuan.

Categories: Pengurusan Kewangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *